Ahad, 11 November 2012

Tahun 5 (Cakap Ajuk & Cakap Pindah)


Cakap Ajuk & Cakap Pindah

1) Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam bentuk ayat tanpa mengubah maksud asalnya

2) Dalam penulisan, cakap ajuk harus disertai tanda petik (“…”). Contohnya:

a) “Saya sudah makan” kata Ali kepada emaknya

b) Pesan emak kepada kakak. “Berbelanjalah dengan cermat.”

3) Cakap ajuk terbahagi kepada empat jenis, iaitu

a) Cakap ajuk jenis ayat penyata. Contohnya:

i) “Saya berasa gembira,” kata Ali kepada Ahmad

ii) “Inilah adik saya,” kata Surah kepada Keong

b) Cakap ajuk jenis ayat perintah. Contohnya:

i) “Silalah menjamu selera,” kata ayh kepada para tetamu

ii) “Tolong tutup makanan itu,” kata emak kepada saya

c) Cakap ajuk jenis ayat seruan. Contohnya:

i) “Wah, besarnya rumah kamu!” kata Ali kepada Anis

ii) “Pergi engkau dari sini!” tengking orang kaya kepada pengemis tua itu

d) Cakap ajuk jenis ayat tanya. Contohnya:

i) “Mengapakah tangan kamu berbalut?” tanya Ali kepada Ahmad

ii) “ibu bapa kamu di kampung bagaimana?” tanya Ali kepada Ahmad

4) Cakap pindah pula ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan ayat lain tanpa mengubah maksud asalnya

5) Cakap pindah tidak menggunakan tanda petik (“…”). Contohnya:

a) Ali memberitahu emaknya bahawa dia sudah mandi

b) Emak berpesan kepada kakak supaya berbelanja dengan cermat

6) Perhatikan perbezaan antara bentuk-bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah:


Cakap Ajuk

Cakap Pindah

“Gadis yang berbaju merah itu sepupu saya,” kata Ali kepada Ahmad

Ali memberitahu Ahmad bahawa gadis yang berbaju merah itu adalah sepupunya

“Siapkan latihan Matematik ini sebelum waktu rehat,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya

Cikgu Ali menyuruh murid-muridnya menyiapkan latihan Matematik itu sebelujm watku rehat

Ali bertanya, “mengapa kamu sedih, Ahmad?”

Ali bertanya kepada Ahmad sebab dia sedih

7) Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara yang perlu diubah atau diberi perhatian


Kelas Kata

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

Kata ganti diri

~ aku, saya, hamba, patik

~ kami,kita

~ beta

~ anda,awak,kamu,engkau

~ dia,ia,nya,beliau

~ mereka

~ baginda

~ saya,dia,nya

Kata ganti tempat

~ sini

~ situ,sana,tempat itu

Kata ganti tunjuk

~ ini

~ itu

Kata keterangan cara

~ Demikian ini

~ begini

~ demikian tiu

~ begitu

Kata keterangan masa

~ sekarang

~ malam tadi

~ semalam

~ hari ini

~ tadi

~ esok

~ masa itu, ketika itu

~ malam semalamnya

~ semalamnya

~ hari itu

~ ketika itu

~esoknya,keesokan harinya, hari itu

8) Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan tidak boleh dipindahkan bentuknya mengikut bentuk yang asal. Contohnya:


Cakap Ajuk

Cakap Pindah

Salah

Betul

“Tolong bawakan saya segelas air,” kata ayah kepada emak

Ayah berkata kepada emak tolong bawakannya segelas air

Ayah meminta emak supaya membawakannya segelas air

“Ah, aku tidak peduli kata-katamu itu!” kata Ali dengan marahnya

Ali berkata dengan marahnya, ah, dia tidak peduli akan kata-katanya itu

Dengan marahnya Ali berkata bahawa dia tidak peduli akan kata-katanya itu

“Jangan pijak rumput itu,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya

Cikgu Ali berkata kepada murid-muridnya jangan pijak rumput itu

Cikgu Ali melarang murid-muridnya supaya tidak memijak rumput itu

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum.Blog menarik.Teruskan usaha upload bahan untuk panduan semua.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, saya dapat mengulangkaji semula pelajaran ini. Untuk trial pt3
    Nota yg ringkas dan padat.

    BalasPadam
  3. "Pada minggu hadapan ,saya akan balik ke kampung untuk mengunjungi datuk dan nenek ",kata Senba kepada Soon Keat





    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Beta mahu persiapan Untuk mendirikan negeri di tempat in.

    BalasPadam
  6. Encik chanran mengucapkan terimq kasih kepada Ajay Dan memberitahunya bahawa telefon baharu itu mempunyai sistem GPS

    BalasPadam
  7. Kakak memberitahu ibu bahawa adik tidur di dalam buaian

    BalasPadam
  8. Macam mana ni... Nak buat. Ayat ajuk

    BalasPadam
  9. Kurang membantu kerana saya kurang faham dengan penjelasan ini

    BalasPadam
  10. "Wah, hebatnya!" Hanis Dan rakan-rakannya berkata serentak sambil bertepuk tangan

    BalasPadam
  11. "Semua pinggan yang kotor sudah saya cuci,"kata Aida kepada ibunya. Sila bagi jawapan

    BalasPadam