Sabtu, 10 November 2012

Pengaruh Kenaikan Sekolah Rendah dan Menengah terhadap Modal Insan Negara

Assalammualaikum w.t.b dan Salam 1 Malaysia.

 
Modal insan negara merupakan perlaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf funia menjelang tahun 2020.

Pembangunan Modal Insan di Malaysia telah dipengaruhi oleh kenaikan tahun bagi sekolah rendah dan kenaikan tingkatan menengah. Hal ini kerana, sistem pendidikan yang semakin berpanjangan dan lama akhirnya telah menyebabkan modal insan yakni pelajar ini berjaya untuk dijadikan selaras dengan matlamat masing-masing. Contohnya, sekolah rendah selama 6 tahun tersebut berjaya untuk mendidik pelajar agar mereka dapat menguasai kemahiran 3M dan subjek-subjek tertentu untuk lulus peperiksaan UPSR. Selain itu, kenaikan tingkatan bagi sekolah menengah juga turut memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan. Mereka dapat menguasai PMR , SPM dan STPM. Hubungan antara dua benda ini mempengaruhi perkembangan modal insan di Malaysia.

Jika dibandingkan dengan zaman SRP, ramai pelajar yang terkandas dalam perjuangan dan akhirnya telah menjadikan modal insan mereka terhapus dan juga terkandas. Oleh itu, negara juga mengalami kesukaran untuk mencari tenaga kerja mahir. Walau bagaimanapun, terdapat kebaikan juga kerana pada ketika itu Malaysia mampu menjaga kualiti modal insan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan