Ahad, 11 November 2012

Ayat Majmuk Gabungan

 

Ayat Majmuk Gabungan

1) Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal dengan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, maka dan sebagainya. Contohnya:
a) Ali dan Ahmad ke kantin
b) Langit mendung lalu hujan pun turun
c) Budak itu sakit gigi maka dia menangis
 
2) Ayat 1(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Ali ke kantin
ii) Ahmad ke kantin
3) Ayat 1(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Langit mendung
ii) Hujan pun turun
 
4) Ayat 1(c) juga terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Budak itu sakit gigi
ii) Budak itu menangis
 
5) Ayat majmuk gabungan boleh juga terbentuk daripada dua ayat tanpa penggunaan kata hubung apabila predikatnya berlainan. Contohnya:
a) Orang tua itu ke hutan mencari rotan
b) Jalan itu tinggi rendah
c) Rumah itu ranap dihenpap pokok
 
6) Ayat 5(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Orang tua itu ke hutan
ii) Orang tua itu mencari rotan
 
7) Ayat 5(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Jalan itu tinggi
ii) Jalan itu rendah
 
8) Ayat 5(c) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Rumah itu ranap
ii) Rumah itu dihempap pokok
 
9) Dua ayat tunggal boleh juga digabungkan dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti baik…mahupun, bukan saja…tetapi juga, main…makin, dan sebagainya. Contohnya:
a) Baik abang mahupun kakak tidak dapat menjawab soalan itu
b) Gadis itu bukan saja cantik tetapi juga lemah lembut
c) Ali bukan saja pandai bermain badminton bahkan juga pandai bermain bola sepak
d) Sungguhpun lelaki itu kaya namun dia tidak sombong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan