Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Mungkin murid-murid semua pernah terkeliru dengan perkataan ini iaitu 'dari'dan 'daripada'. Keliru itu berlaku apabila anda membuat penulisan sama ada ingin meletakkan dari ataupun daripada. Oleh itu, cikgu akan memaparkan sedikit info mengenai perbezaan dua perkataan ini.
Secara mudahnya,kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.
Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)
Contoh penggunaan kata sendi nama dari:
1. Cikgu Syahmie Aiman berasal dari Tumpat, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)
2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)
3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)
Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.
Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada":
1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)
2. Muhaimin menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Shuhada. - (orang)
3. Walaupun badannya kecil, Firdaus mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Fitriani. - (Perbandingan)
baiklah, mungkin murid-murid sudah mendapat gambaran mengenai perbezaan 'dari' dan 'daripada'. Ringkasnya, kita harus mengetahui bahawa 'dari' adalah perkataan ataupun kata sendi nama yang biasa digunakan untuk arah, masa dan tempat. Perkataan 'daripada' pula digunakan untuk orang, perbandingan dan asal-usul.
Terima kasih .
ohh kalo mcm ni,,
BalasPadamtakkn trcuai lgy,,
trimas
ayat mana yang betul ya?
BalasPadamBila difikirkan semula, dari menyimpan di tabung A, lebih baik menyimpan di tabung B.
atau...
Bila difikirkan semula, daripada menyimpan di tabung A, lebih baik menyimpan di tabung B.
Apabila difikirkan semula,daripada menyimpan di tabung A,lebih baik menyimpan di tabung B. (perbandingan)
PadamDaripada menyimpan Sebab ia suatu benda pertentangan.... Daripada untuk selain ATM (Arah, Tempat dan Masa), iaitu untuk ORANG (drpd Ahmad; drpd malaikat), PERBANDINGAN (lebih cantik drpd buku ini; 1 drpd 4), ASAL KEJADIAN (diperbuat drpd kain sutera), BENDA ABSTRAK (drpd ceramah; drpd pemerhatian), PERTENTANGAN (berbeza drpd yang diamalkan), dan KEANGGOTAAN (drpd tiga otang pelajar).
PadamBagaimana pula dengan ayat yang ini, cikgu?
BalasPadam"Kempen ini bertujuan untuk melindungi seluruh warga dan orang awam (daripada / dari) bahaya asap rokok.
daripada....
PadamDaripada sbb asap rokok adalah asal usul
PadamBetul. Bahaya asap rokok merujuk pada PERTENTANGAN.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamdari hati ke hati... hati tu kte bole klasifikasi sebagai tempat ke?
BalasPadamboleh je
Padamdari hati ke hati... hati tu kte bole klasifikasi sebagai tempat ke?
BalasPadamKalau ayat macam ni cikgu
BalasPadam.....berusaha untuk keluar dari/ daripada telurnya
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamKeluar dari telurnya... Telur itu TEMPAT
PadamKeluar dari telurnya (tempat)
Padamkalau macam ni boleh ke...itu sahaja daripada kumpulan kami
BalasPadamBetul. Sebab kumpulan itu merujuk kepada keanggotaan. Daripada untuk selain ATM (Arah, Tempat dan Masa), iaitu untuk ORANG (drpd Ahmad), PERBANDINGAN (cantik drpd buku ini), ASAL KEJADIAN (diperbuat drpd kain sutera), BENDA ABSTRAK (drpd ceramah), PERTENTANGAN (drpd yang diamalkan), dan KEANGGOTAAN (drpd tiga otang pelajar).
PadamTQ...hrp2 dh tak tertukar
BalasPadamdari aspek ke daripada aspek?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamDari aspek sebab aspek itu ARAH. Contoh ARAH lain dari segi, dari sudut, dari penjuru, dsbg.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamdari 10 ribu ringgit atau daripada 10 ribu rnggit?
BalasPadam“Daripada 10 ribu ringgit”
Padam“10 ribu ringgit” tidak termasuk dalam mana-mana kategori ATM (arah, tempat, masa)
Betul. 10 ribu ringgit merujuk pada benda abstrak.
Padamterima kasih cikgu
BalasPadamPembetulan sedikit tiada istilah ikan Arowana dalam bahasa Melayu. Arowana dalam bahasa Melayu ialah ikan Kelisa.
BalasPadamCeramah kesihatan itu disampaikan oleh pegawai (daripada/dari) Jabatan Kesihatan Daerah Baling.
BalasPadam-mana satu jawapan??
Jabatab Kesihatan merujuk pada Keanggotaan. Jadi ,“Ceramah kesihatan itu disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah Baling” adalah penggunaan yg lebih tepat.
PadamKalo ayat ni: DGN INGATAN TULUS IKHLAS dari warga kerja PETRONAS ATAU daripada warga kerja PETRONAS
BalasPadamDengan ingatan tulus ikhlas daripada kami warga kerja Petronas.
Padamterima kasih banyak2 atas ilmu yang dikongsikan
BalasPadamTerima kasih 🤗
BalasPadamassalam kalau ayat ni cth:lebih dari/daripada sepukuh tahun dia berkecimpung dalam bidang perniagaan
BalasPadamSepuluh tahun merujuk pada masa. Jadi, “lebih dari sepuluh tahun dia berkecimpung dalam bidang perniagaan” adalah penggunaan ayat yg sesuai.
PadamJika ayat perbandingan cth: “10 tahun lebih lama DARIPADA 100 bulan”, daripada adalah penggunaan yg lebih tepat.
Padamterima kasih cikgu.
BalasPadamkalau syarikat boleh dikategorikan sebagai orang ke? Cth:
BalasPadamSaya Ahmad daripada Airasia Sdn. Bhd.
Jadi, betul ayatnya. Saya Ahmad daripada Air Asia Sdn. Bhd.
PadamDikategorikan sebagai KEANGGOTAAN. Daripada untuk selain ATM (Arah, Tempat dan Masa), iaitu untuk ORANG (drpd Ahmad), PERBANDINGAN (cantik drpd buku ini), ASAL KEJADIAN (diperbuat drpd kain sutera), BENDA ABSTRAK (drpd ceramah), PERTENTANGAN (drpd yang diamalkan), dan KEANGGOTAAN (drpd tiga orang pelajar).
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAsap gas monoksida keluar dari atau daripada paip ekzos kenderaan ? Mohon pencerahan tq.
BalasPadamAsap gas monoksida keluar dari paip eksos kenderaan. Sebab bukan paip yg menghasilkan asap. Paip merujuk pada tempat. Jika ada sesuatu abstrak atau asal usul kejadian asap itu, barulah kita guna daripada.
PadamBAGAIMANA PULA DENGAN AYAT INI
BalasPadam"REKOD PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN KERTAS-KERTAS TERPAKAI DARI SEKOLAH DALAM DAERAH PEKAN...
Adakah betul penggunaan perkataan 'dari' itu??
Ya betul. Sebab sekolah adalah tempat.
PadamKadangkala bergantung pada maksud yang ingin disampaikan.. kalau sekolah itu maksidnya warga sekolah (keanggotaan), daripada lebih sesuai.
PadamMohon pencerahan sikit...."Masukkan kod-kod pengesahan dari (atau daripada) peranti mudah alih anda ke dalam ruangan di bawah?"
BalasPadamDari peranti . Sebab peranti adalah tempat. Senang nak beza. Saya bagi analogi, kalau anda dah guna 'ke' , logik tak kalau guna 'kepada dalam ruangan di bawah'?
PadamBeza 'ke' dan 'kepada' sama dengan beza 'dari' dan 'daripada'. Saya bagi contoh, logik tak kalau guna ayat 'saya nak pergi kepada Kuala Lumpur'? Tak logik kan.. sbb ke hanya untuk ATM, iaitu Arah, Tempat, dan Masa. Macam tu juga Dari.
PadamTerima kasih, tuan guru, untuk pencerahan yang diberikan tadi.
BalasPadamTerima kasih tuan yang mulia..semoga diberikan kemudahan dalam memperkasakan bahasa pertuturan kelapan terbesar di dunia sekarang ini... Bahasa Melayu jiwa kita...
PadamTerima kasih bg ilmu
BalasPadamRATHANA
BalasPadamKalau ayat ni : maksud yang sama juga dapat dipetik (dari/daripada) hadis ....
BalasPadamdaripada hadis. Hadis merujuk kepada benda abstrak.
PadamKalau yang ni 'jasmin baru saja mendapat surat dari universiti putra malaysia'betul ke salah ayat ni
BalasPadamdaripada Universiti Putra Malaysia. UPM merujuk pada keanggotaan.
Padam'Dari' Van ke 'daripada' van?
BalasPadamdari van. Van merujuk pada tempat.
PadamTq
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamCikgu, kalau ayat ni,,,,,
BalasPadam"Kami berjalan dari/daripada dua kilometer setengah sedari tadi."
//terima kasih
Kami berjalan sepanjang dua kilometer setengah dari tadi. Ayat lain, halajau dibenarkan daripada 60 sehingga 70 kilometer sejam sahaja.
PadamUbah suai: Kami berjalan dua kilometer setengah tadi dari sini. Ayat lain, halaju dibenarkan daripada 60 sehingga 70 kilometer sejam sahaja. Bilangan merujuk pada benda abstrak
BalasPadam
Padampada awal tahun 50an, kebanyakan orang menggunakan kereta lembu sebagai kenderaan pengangkutan darat.
saya x faham yang dekat pada awal tahun 50an
satu kesalahan ejaan dekat situ .x faham langsung?
tolong komen?
Betul. Bilangan adalah benda abstrak, dan boleh juga untuk perbandingan, jadi 'daripada' lebih tepat.
PadamKalau ayat ini ...sekalung penghargaan dan terima kasih [dari/daripada]?
BalasPadamSudah tentulah 'daripada'
Padam