Ahad, 11 November 2012

Perbezaan Kata Sendi Nama ' Dari' dan 'Daripada'

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin murid-murid semua pernah terkeliru dengan perkataan ini iaitu 'dari'dan 'daripada'. Keliru itu berlaku apabila anda membuat penulisan sama ada ingin meletakkan dari ataupun daripada. Oleh itu, cikgu akan memaparkan sedikit info mengenai perbezaan dua perkataan ini.


Secara mudahnya,kata sendi nama
"dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi nama
dari:

1. Cikgu Syahmie Aiman berasal
dari Tumpat, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)

2.
Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)

3.
Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)

Kata sendi nama
'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama
"daripada":

1. Kasut itu diperbuat
daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)

2. Muhaimin menerima kiriman baju raya
daripada tunangnya, Shuhada. - (orang)

3. Walaupun badannya kecil, Firdaus mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Fitriani. - (Perbandingan)


baiklah, mungkin murid-murid sudah mendapat gambaran mengenai perbezaan 'dari' dan 'daripada'. Ringkasnya, kita harus mengetahui bahawa 'dari' adalah perkataan ataupun kata sendi nama yang biasa digunakan untuk arah, masa dan tempat. Perkataan 'daripada' pula digunakan untuk orang, perbandingan dan asal-usul.

Terima kasih .

67 ulasan:

  1. ohh kalo mcm ni,,
    takkn trcuai lgy,,
    trimas

    BalasPadam
  2. ayat mana yang betul ya?

    Bila difikirkan semula, dari menyimpan di tabung A, lebih baik menyimpan di tabung B.

    atau...


    Bila difikirkan semula, daripada menyimpan di tabung A, lebih baik menyimpan di tabung B.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila difikirkan semula,daripada menyimpan di tabung A,lebih baik menyimpan di tabung B. (perbandingan)

      Padam
    2. Daripada menyimpan Sebab ia suatu benda pertentangan.... Daripada untuk selain ATM (Arah, Tempat dan Masa), iaitu untuk ORANG (drpd Ahmad; drpd malaikat), PERBANDINGAN (lebih cantik drpd buku ini; 1 drpd 4), ASAL KEJADIAN (diperbuat drpd kain sutera), BENDA ABSTRAK (drpd ceramah; drpd pemerhatian), PERTENTANGAN (berbeza drpd yang diamalkan), dan KEANGGOTAAN (drpd tiga otang pelajar).

      Padam
  3. Bagaimana pula dengan ayat yang ini, cikgu?

    "Kempen ini bertujuan untuk melindungi seluruh warga dan orang awam (daripada / dari) bahaya asap rokok.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. dari hati ke hati... hati tu kte bole klasifikasi sebagai tempat ke?

    BalasPadam
  6. dari hati ke hati... hati tu kte bole klasifikasi sebagai tempat ke?

    BalasPadam
  7. Kalau ayat macam ni cikgu
    .....berusaha untuk keluar dari/ daripada telurnya

    BalasPadam
  8. kalau macam ni boleh ke...itu sahaja daripada kumpulan kami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sebab kumpulan itu merujuk kepada keanggotaan. Daripada untuk selain ATM (Arah, Tempat dan Masa), iaitu untuk ORANG (drpd Ahmad), PERBANDINGAN (cantik drpd buku ini), ASAL KEJADIAN (diperbuat drpd kain sutera), BENDA ABSTRAK (drpd ceramah), PERTENTANGAN (drpd yang diamalkan), dan KEANGGOTAAN (drpd tiga otang pelajar).

      Padam
  9. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Dari aspek sebab aspek itu ARAH. Contoh ARAH lain dari segi, dari sudut, dari penjuru, dsbg.

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. dari 10 ribu ringgit atau daripada 10 ribu rnggit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. “Daripada 10 ribu ringgit”
      “10 ribu ringgit” tidak termasuk dalam mana-mana kategori ATM (arah, tempat, masa)

      Padam
    2. Betul. 10 ribu ringgit merujuk pada benda abstrak.

      Padam
  12. Pembetulan sedikit tiada istilah ikan Arowana dalam bahasa Melayu. Arowana dalam bahasa Melayu ialah ikan Kelisa.

    BalasPadam
  13. Ceramah kesihatan itu disampaikan oleh pegawai (daripada/dari) Jabatan Kesihatan Daerah Baling.
    -mana satu jawapan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jabatab Kesihatan merujuk pada Keanggotaan. Jadi ,“Ceramah kesihatan itu disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Kesihatan Daerah Baling” adalah penggunaan yg lebih tepat.

      Padam
  14. Kalo ayat ni: DGN INGATAN TULUS IKHLAS dari warga kerja PETRONAS ATAU daripada warga kerja PETRONAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami warga kerja Petronas.

      Padam
  15. terima kasih banyak2 atas ilmu yang dikongsikan

    BalasPadam
  16. assalam kalau ayat ni cth:lebih dari/daripada sepukuh tahun dia berkecimpung dalam bidang perniagaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepuluh tahun merujuk pada masa. Jadi, “lebih dari sepuluh tahun dia berkecimpung dalam bidang perniagaan” adalah penggunaan ayat yg sesuai.

      Padam
    2. Jika ayat perbandingan cth: “10 tahun lebih lama DARIPADA 100 bulan”, daripada adalah penggunaan yg lebih tepat.

      Padam
  17. kalau syarikat boleh dikategorikan sebagai orang ke? Cth:
    Saya Ahmad daripada Airasia Sdn. Bhd.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, betul ayatnya. Saya Ahmad daripada Air Asia Sdn. Bhd.

      Padam
    2. Dikategorikan sebagai KEANGGOTAAN. Daripada untuk selain ATM (Arah, Tempat dan Masa), iaitu untuk ORANG (drpd Ahmad), PERBANDINGAN (cantik drpd buku ini), ASAL KEJADIAN (diperbuat drpd kain sutera), BENDA ABSTRAK (drpd ceramah), PERTENTANGAN (drpd yang diamalkan), dan KEANGGOTAAN (drpd tiga orang pelajar).

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Asap gas monoksida keluar dari atau daripada paip ekzos kenderaan ? Mohon pencerahan tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asap gas monoksida keluar dari paip eksos kenderaan. Sebab bukan paip yg menghasilkan asap. Paip merujuk pada tempat. Jika ada sesuatu abstrak atau asal usul kejadian asap itu, barulah kita guna daripada.

      Padam
  20. BAGAIMANA PULA DENGAN AYAT INI

    "REKOD PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN KERTAS-KERTAS TERPAKAI DARI SEKOLAH DALAM DAERAH PEKAN...

    Adakah betul penggunaan perkataan 'dari' itu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Sebab sekolah adalah tempat.

      Padam
    2. Kadangkala bergantung pada maksud yang ingin disampaikan.. kalau sekolah itu maksidnya warga sekolah (keanggotaan), daripada lebih sesuai.

      Padam
  21. Mohon pencerahan sikit...."Masukkan kod-kod pengesahan dari (atau daripada) peranti mudah alih anda ke dalam ruangan di bawah?"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari peranti . Sebab peranti adalah tempat. Senang nak beza. Saya bagi analogi, kalau anda dah guna 'ke' , logik tak kalau guna 'kepada dalam ruangan di bawah'?

      Padam
    2. Beza 'ke' dan 'kepada' sama dengan beza 'dari' dan 'daripada'. Saya bagi contoh, logik tak kalau guna ayat 'saya nak pergi kepada Kuala Lumpur'? Tak logik kan.. sbb ke hanya untuk ATM, iaitu Arah, Tempat, dan Masa. Macam tu juga Dari.

      Padam
  22. Terima kasih, tuan guru, untuk pencerahan yang diberikan tadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan yang mulia..semoga diberikan kemudahan dalam memperkasakan bahasa pertuturan kelapan terbesar di dunia sekarang ini... Bahasa Melayu jiwa kita...

      Padam
  23. Kalau ayat ni : maksud yang sama juga dapat dipetik (dari/daripada) hadis ....

    BalasPadam
  24. Kalau yang ni 'jasmin baru saja mendapat surat dari universiti putra malaysia'betul ke salah ayat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. daripada Universiti Putra Malaysia. UPM merujuk pada keanggotaan.

      Padam
  25. Cikgu, kalau ayat ni,,,,,
    "Kami berjalan dari/daripada dua kilometer setengah sedari tadi."
    //terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami berjalan sepanjang dua kilometer setengah dari tadi. Ayat lain, halajau dibenarkan daripada 60 sehingga 70 kilometer sejam sahaja.

      Padam
  26. Ubah suai: Kami berjalan dua kilometer setengah tadi dari sini. Ayat lain, halaju dibenarkan daripada 60 sehingga 70 kilometer sejam sahaja. Bilangan merujuk pada benda abstrak

    BalasPadam
    Balasan

    1. pada awal tahun 50an, kebanyakan orang menggunakan kereta lembu sebagai kenderaan pengangkutan darat.
      saya x faham yang dekat pada awal tahun 50an
      satu kesalahan ejaan dekat situ .x faham langsung?
      tolong komen?

      Padam