Ahad, 11 November 2012

Perbezaan Kata Sendi Nama ' Dari' dan 'Daripada'

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin murid-murid semua pernah terkeliru dengan perkataan ini iaitu 'dari'dan 'daripada'. Keliru itu berlaku apabila anda membuat penulisan sama ada ingin meletakkan dari ataupun daripada. Oleh itu, cikgu akan memaparkan sedikit info mengenai perbezaan dua perkataan ini.


Secara mudahnya,kata sendi nama
"dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi nama
dari:

1. Cikgu Syahmie Aiman berasal
dari Tumpat, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)

2.
Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)

3.
Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)

Kata sendi nama
'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama
"daripada":

1. Kasut itu diperbuat
daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)

2. Muhaimin menerima kiriman baju raya
daripada tunangnya, Shuhada. - (orang)

3. Walaupun badannya kecil, Firdaus mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Fitriani. - (Perbandingan)


baiklah, mungkin murid-murid sudah mendapat gambaran mengenai perbezaan 'dari' dan 'daripada'. Ringkasnya, kita harus mengetahui bahawa 'dari' adalah perkataan ataupun kata sendi nama yang biasa digunakan untuk arah, masa dan tempat. Perkataan 'daripada' pula digunakan untuk orang, perbandingan dan asal-usul.

Terima kasih .

13 ulasan:

  1. ohh kalo mcm ni,,
    takkn trcuai lgy,,
    trimas

    BalasPadam
  2. ayat mana yang betul ya?

    Bila difikirkan semula, dari menyimpan di tabung A, lebih baik menyimpan di tabung B.

    atau...


    Bila difikirkan semula, daripada menyimpan di tabung A, lebih baik menyimpan di tabung B.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila difikirkan semula,daripada menyimpan di tabung A,lebih baik menyimpan di tabung B. (perbandingan)

      Padam
  3. Bagaimana pula dengan ayat yang ini, cikgu?

    "Kempen ini bertujuan untuk melindungi seluruh warga dan orang awam (daripada / dari) bahaya asap rokok.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. dari hati ke hati... hati tu kte bole klasifikasi sebagai tempat ke?

    BalasPadam
  6. dari hati ke hati... hati tu kte bole klasifikasi sebagai tempat ke?

    BalasPadam
  7. Kalau ayat macam ni cikgu
    .....berusaha untuk keluar dari/ daripada telurnya

    BalasPadam
  8. kalau macam ni boleh ke...itu sahaja daripada kumpulan kami

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam