Ayat Majmuk Gabungan
1) Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal dengan kata
hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, maka dan sebagainya.
Contohnya:
a) Ali dan Ahmad ke kantin
b) Langit mendung lalu hujan pun
turun
c) Budak itu sakit gigi maka dia
menangis
2) Ayat 1(a) terbit daripada dua ayat tunggal,
iaitu
i) Ali ke kantin
ii) Ahmad ke kantin
3) Ayat 1(b) terbit daripada dua ayat tunggal,
iaitu
i) Langit mendung
ii) Hujan pun turun
4) Ayat 1(c) juga terbit daripada dua ayat
tunggal, iaitu
i) Budak itu sakit gigi
ii) Budak itu menangis
5) Ayat majmuk gabungan boleh juga terbentuk
daripada dua ayat tanpa penggunaan kata hubung apabila predikatnya berlainan.
Contohnya:
a) Orang tua itu ke hutan mencari
rotan
b) Jalan itu tinggi rendah
c) Rumah itu ranap dihenpap pokok
6) Ayat 5(a) terbit daripada dua ayat tunggal,
iaitu
i) Orang tua itu ke hutan
ii) Orang tua itu mencari rotan
7) Ayat 5(b) terbit daripada dua ayat tunggal,
iaitu
i) Jalan itu tinggi
ii) Jalan itu rendah
8) Ayat 5(c) terbit daripada dua ayat tunggal,
iaitu
i) Rumah itu ranap
ii) Rumah itu dihempap pokok
9) Dua ayat tunggal boleh juga digabungkan
dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti baik…mahupun, bukan
saja…tetapi juga, main…makin, dan sebagainya. Contohnya:
a) Baik abang mahupun kakak tidak dapat menjawab
soalan itu
b) Gadis itu bukan saja cantik tetapi juga lemah
lembut
c) Ali bukan saja pandai bermain badminton
bahkan juga pandai bermain bola sepak
d) Sungguhpun lelaki itu kaya namun dia tidak
sombong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan