Ahad, 11 November 2012

Tahun 5 (Cakap Ajuk & Cakap Pindah)


Cakap Ajuk & Cakap Pindah

1) Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam bentuk ayat tanpa mengubah maksud asalnya

2) Dalam penulisan, cakap ajuk harus disertai tanda petik (“…”). Contohnya:

a) “Saya sudah makan” kata Ali kepada emaknya

b) Pesan emak kepada kakak. “Berbelanjalah dengan cermat.”

3) Cakap ajuk terbahagi kepada empat jenis, iaitu

a) Cakap ajuk jenis ayat penyata. Contohnya:

i) “Saya berasa gembira,” kata Ali kepada Ahmad

ii) “Inilah adik saya,” kata Surah kepada Keong

b) Cakap ajuk jenis ayat perintah. Contohnya:

i) “Silalah menjamu selera,” kata ayh kepada para tetamu

ii) “Tolong tutup makanan itu,” kata emak kepada saya

c) Cakap ajuk jenis ayat seruan. Contohnya:

i) “Wah, besarnya rumah kamu!” kata Ali kepada Anis

ii) “Pergi engkau dari sini!” tengking orang kaya kepada pengemis tua itu

d) Cakap ajuk jenis ayat tanya. Contohnya:

i) “Mengapakah tangan kamu berbalut?” tanya Ali kepada Ahmad

ii) “ibu bapa kamu di kampung bagaimana?” tanya Ali kepada Ahmad

4) Cakap pindah pula ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan ayat lain tanpa mengubah maksud asalnya

5) Cakap pindah tidak menggunakan tanda petik (“…”). Contohnya:

a) Ali memberitahu emaknya bahawa dia sudah mandi

b) Emak berpesan kepada kakak supaya berbelanja dengan cermat

6) Perhatikan perbezaan antara bentuk-bentuk cakap ajuk dengan cakap pindah:


Cakap Ajuk

Cakap Pindah

“Gadis yang berbaju merah itu sepupu saya,” kata Ali kepada Ahmad

Ali memberitahu Ahmad bahawa gadis yang berbaju merah itu adalah sepupunya

“Siapkan latihan Matematik ini sebelum waktu rehat,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya

Cikgu Ali menyuruh murid-muridnya menyiapkan latihan Matematik itu sebelujm watku rehat

Ali bertanya, “mengapa kamu sedih, Ahmad?”

Ali bertanya kepada Ahmad sebab dia sedih

7) Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, ada beberapa perkara yang perlu diubah atau diberi perhatian


Kelas Kata

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

Kata ganti diri

~ aku, saya, hamba, patik

~ kami,kita

~ beta

~ anda,awak,kamu,engkau

~ dia,ia,nya,beliau

~ mereka

~ baginda

~ saya,dia,nya

Kata ganti tempat

~ sini

~ situ,sana,tempat itu

Kata ganti tunjuk

~ ini

~ itu

Kata keterangan cara

~ Demikian ini

~ begini

~ demikian tiu

~ begitu

Kata keterangan masa

~ sekarang

~ malam tadi

~ semalam

~ hari ini

~ tadi

~ esok

~ masa itu, ketika itu

~ malam semalamnya

~ semalamnya

~ hari itu

~ ketika itu

~esoknya,keesokan harinya, hari itu

8) Cakap ajuk jenis ayat perintah dan cakap ajuk jenis ayat seruan tidak boleh dipindahkan bentuknya mengikut bentuk yang asal. Contohnya:


Cakap Ajuk

Cakap Pindah

Salah

Betul

“Tolong bawakan saya segelas air,” kata ayah kepada emak

Ayah berkata kepada emak tolong bawakannya segelas air

Ayah meminta emak supaya membawakannya segelas air

“Ah, aku tidak peduli kata-katamu itu!” kata Ali dengan marahnya

Ali berkata dengan marahnya, ah, dia tidak peduli akan kata-katanya itu

Dengan marahnya Ali berkata bahawa dia tidak peduli akan kata-katanya itu

“Jangan pijak rumput itu,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya

Cikgu Ali berkata kepada murid-muridnya jangan pijak rumput itu

Cikgu Ali melarang murid-muridnya supaya tidak memijak rumput itu

Ayat Majmuk Gabungan

 

Ayat Majmuk Gabungan

1) Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal dengan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, maka dan sebagainya. Contohnya:
a) Ali dan Ahmad ke kantin
b) Langit mendung lalu hujan pun turun
c) Budak itu sakit gigi maka dia menangis
 
2) Ayat 1(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Ali ke kantin
ii) Ahmad ke kantin
3) Ayat 1(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Langit mendung
ii) Hujan pun turun
 
4) Ayat 1(c) juga terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Budak itu sakit gigi
ii) Budak itu menangis
 
5) Ayat majmuk gabungan boleh juga terbentuk daripada dua ayat tanpa penggunaan kata hubung apabila predikatnya berlainan. Contohnya:
a) Orang tua itu ke hutan mencari rotan
b) Jalan itu tinggi rendah
c) Rumah itu ranap dihenpap pokok
 
6) Ayat 5(a) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Orang tua itu ke hutan
ii) Orang tua itu mencari rotan
 
7) Ayat 5(b) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Jalan itu tinggi
ii) Jalan itu rendah
 
8) Ayat 5(c) terbit daripada dua ayat tunggal, iaitu
i) Rumah itu ranap
ii) Rumah itu dihempap pokok
 
9) Dua ayat tunggal boleh juga digabungkan dengan menggunakan kata hubung berpasangan seperti baik…mahupun, bukan saja…tetapi juga, main…makin, dan sebagainya. Contohnya:
a) Baik abang mahupun kakak tidak dapat menjawab soalan itu
b) Gadis itu bukan saja cantik tetapi juga lemah lembut
c) Ali bukan saja pandai bermain badminton bahkan juga pandai bermain bola sepak
d) Sungguhpun lelaki itu kaya namun dia tidak sombong

Perbezaan Kata Sendi Nama ' Dari' dan 'Daripada'

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Mungkin murid-murid semua pernah terkeliru dengan perkataan ini iaitu 'dari'dan 'daripada'. Keliru itu berlaku apabila anda membuat penulisan sama ada ingin meletakkan dari ataupun daripada. Oleh itu, cikgu akan memaparkan sedikit info mengenai perbezaan dua perkataan ini.


Secara mudahnya,kata sendi nama
"dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah.

Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa)

Contoh penggunaan kata sendi nama
dari:

1. Cikgu Syahmie Aiman berasal
dari Tumpat, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat)

2.
Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa)

3.
Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)

Kata sendi nama
'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian.

Contoh penggunaan kata sendi nama
"daripada":

1. Kasut itu diperbuat
daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul)

2. Muhaimin menerima kiriman baju raya
daripada tunangnya, Shuhada. - (orang)

3. Walaupun badannya kecil, Firdaus mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Fitriani. - (Perbandingan)


baiklah, mungkin murid-murid sudah mendapat gambaran mengenai perbezaan 'dari' dan 'daripada'. Ringkasnya, kita harus mengetahui bahawa 'dari' adalah perkataan ataupun kata sendi nama yang biasa digunakan untuk arah, masa dan tempat. Perkataan 'daripada' pula digunakan untuk orang, perbandingan dan asal-usul.

Terima kasih .

PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN


Assalammualaikum w.t.b

Hari ini kita akan belajar mengenai penggunaan nilai murni dalam penulisan. Penggunaan nilai murni ini akan memberikan penulisan kita menjadi lebih baik. Mari kita lihat.



CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN








 Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.
Nilai Murni: mematuhi peraturan.
Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.
Nilai Murni: bertanggungjawab
Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.
Nilai Murni: perihatin
Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.
Nilai Murni: berterus-terang.
Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.
Nilai Murni: memberi pertolongan.
Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.


 

Sabtu, 10 November 2012

Pengaruh Kenaikan Sekolah Rendah dan Menengah terhadap Modal Insan Negara

Assalammualaikum w.t.b dan Salam 1 Malaysia.

 
Modal insan negara merupakan perlaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf funia menjelang tahun 2020.

Pembangunan Modal Insan di Malaysia telah dipengaruhi oleh kenaikan tahun bagi sekolah rendah dan kenaikan tingkatan menengah. Hal ini kerana, sistem pendidikan yang semakin berpanjangan dan lama akhirnya telah menyebabkan modal insan yakni pelajar ini berjaya untuk dijadikan selaras dengan matlamat masing-masing. Contohnya, sekolah rendah selama 6 tahun tersebut berjaya untuk mendidik pelajar agar mereka dapat menguasai kemahiran 3M dan subjek-subjek tertentu untuk lulus peperiksaan UPSR. Selain itu, kenaikan tingkatan bagi sekolah menengah juga turut memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan. Mereka dapat menguasai PMR , SPM dan STPM. Hubungan antara dua benda ini mempengaruhi perkembangan modal insan di Malaysia.

Jika dibandingkan dengan zaman SRP, ramai pelajar yang terkandas dalam perjuangan dan akhirnya telah menjadikan modal insan mereka terhapus dan juga terkandas. Oleh itu, negara juga mengalami kesukaran untuk mencari tenaga kerja mahir. Walau bagaimanapun, terdapat kebaikan juga kerana pada ketika itu Malaysia mampu menjaga kualiti modal insan mereka.